Blogger Layouts
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam haditsnya:

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita yang shalihah. Bila engkau memandangnya, ia menggembirakan (menyenangkan)mu. Bila engkau perintah, ia menaatimu. Dan bila engkau bepergian meninggalkannya, ia menjaga dirinya (untukmu) dan menjaga hartamu.”

Rabu, 9 Mac 2011

DOA SEORANG KEKASIH


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi
Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini
Ya Allah
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Dari Abu Hurairah r.a. katanya;
“Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana
agamanya nescaya engkau bahagia”- Sahih Muslim
Dari Abdullah b. Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;
” Dunia ialah kesenangan, sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah”
- Sahih Muslim

Tiada ulasan: